Jumaat, 4 November 2011

BAB 9 : Pertemuan pertama~

"Tapi siapa ya?" Masih berlegar resah persoalan yang dari siang tadi menghantui fikirannya. Ilham mencuba sedaya upaya untuk menghakis sebingkai memori bagi mengingat semula siapa gadis yang telah ditemuinya petang tadi.

Dalam garangnya, ada manisnya. Dalam marahnya, ada senyumnya. Hati yang beku boleh jadi cair juga akhirnya. Bertuah sungguh jejaka yang dapat menghampiri gadis tersebut.

"Hmm, kenapalah aku cuai sangat petang tadi? Kalau lah air kopi tu tak tumpah kat baju dia, memang 'saham' aku naik sikit... Haaaiisssh~ Melepaslah..." bicara Ilham seorang diri. Skrin komputer riba kepunyaannya ditatap kosong, sekosong hatinya yang tiada berpunya.

"Tapi dia siapa?" desak sanubarinya yang sedikit bilau.

Tanpa berlengah, sebuku album yang menyimpan berpuluh-puluh gambar kenangan dicapai perlahan. Setiap keping gambar diamat-amati dengan penuh teliti, tiada kurang barang seinci.

Dan di halaman album yang terakhir, hati Ilham bagai ditarik-tarik untuk menatap sekeping gambar yang ditangkap ketika dia dan keluarganya mengerjakan ibadah Umrah di kota suci Mekah pada tahun lepas.

Ada seraut wajah mulus sedang terpampang bahagia di dalam foto tersebut, diiringi dengan beberapa raut wajah milik jemaah perempuan yang lain. Wajah mulus tersebut mirip dengan gadis yang ditemuinya siang tadi. Sama, tiada kurang, tiada lebih. Sebiji...

"Ya Allah, kau telah mengaturkan pertemuan kami yang pertama di Tanah Suci Mu, Ya Allah... Alhamdulillah~ Tetapi, akan adakah pertemuan yang seterusnya?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan