'Organiser' lusuh yang sentiasa ku usung ke sana ke mari, ku selak perlahan-lahan, mengurut reda debaran hati yang kian rancak mengalun ombak. Aku resah sebenarnya. Ada pertemuan enam mata yang wajib aku tunaikan hari ini tapi tempat dan waktunya sudah luput di minda ku...
"Lah... Kat sini rupanya. Times square dan 3 petang," sebaris ayat itu ku baca rakus sambil telapak tangan kanan menampar halus dahi mulus ku...
Seraya menutup 'organiser' tersebut, aku mengalihkan pandangan menghala ke sekeping gambar lama yang menghias indah ruang mejaku. Gambar itu dirakam sewaktu kami bertiga menjalani kursus kepimpinan di negeri bawah bayu.
"Kita bakal bertemu, sahabat-sahabatku. It has been ages since we last met. Semoga diberkahi pertemuan kita nanti..." hatiku sempat menukil sewarkah doa.
Jam di dinding, ku lirik sekejapan. 2:15 petang jemarinya bertunjukkan. Ada waktu 45 minit lagi untuk ku bersiap-siap. Tanpa membuang masa yang ku rasa sedikit cemburu dengan secatur pertemuan yang bakal berlaku hari ini, aku segera menyiapkan diri.
Dalam kesibukan ku mendandan diri, fikiranku sempat melayang jauh, mengimbas kembali zaman-zaman kegemilangan aku dan sahabat-sahabatku. Mana mungkin kisah-kisah kegemilangan tersebut dilupakan begitu sahaja... Malah kesemuanya masih tersemat kukuh di ingatanku.
"Without you guys, I am still searching for true friends..." ada riak ceria ketika aku menuturkan kalimat ini. Benar, aku terlalu teruja.
Tapi, mungkinkah mereka juga seteruja aku? Hmmmm...
Sebuah pertemuan yang membawa kepada gejolak hati yang tidak berkesudahan. Alia Maisara dan Ilham Ishak. Apabila dua hati mengalunkan irama yang berbeza namun tetap terhias indah dengan lagu yang sama. Lagu cinta.
Memaparkan catatan dengan label Times Square. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Times Square. Papar semua catatan
Selasa, 1 November 2011
Isnin, 31 Oktober 2011
BAB 2 : Hidup Perlu Diteruskan!
BAB 2
Jari manis itu masih ditenung dan diramas dengan perlahan. Bilik masih sengaja dibiarkan gelap. Andai saja dia mampu menyembunyikan mentari, biarlah malam sentiasa menemani saatnya,minitnya,jamnya dan juga hari-hari yang bakal dilaluinya. Rembulan takkan selamanya menemani malam, hujan takkan selamanya membasahi bumi, mentari pasti takkan selamanya menyegarkan alam ini. Namun fikiran warasnya masih tetap mahu merasa akan munculnya keindahan pelangi di saat gerimis pergi. Menikmati keindahan malam selagi sang rembulan masih sudi menjadi peneman malam sepi. Menanti kemunculan sang suria saat subuh menjenguk pagi.
Sampai bila aku harus begini. Hidup perlu diteruskan. Dia tidak layak untuk aku tangisi! Tiba-tiba seperti mendapat semangat baru. Kain langsir yang menghalang cahaya matahari dari menerangi paginya segera dibuka seluas-luasnya. Jendela dibuka dengan megahnya, nafas ditarik dengan rakusnya. Senyuman lebar mula menghiasi wajahnya.
Langgan:
Catatan (Atom)